Seo Services

TERKINI!! Hebahan Temuduga Terbuka Konstabel (Lelaki) Adalah Palsu.

 

Hebahan mengenai tarikh dan 23 buah pusat temuduga mengenai pengambilan konstabel lelaki bagi tahun 2014 yang sedang rancak disebar dan diwar-warkan dalam laman sosial seperti whatsapp, wechat, facebook adalah KURANG TEPAT.

Hal ini telah dinyatakan oleh ACP Datin Asmawati Binti Ahmad,Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Tarikh-tarikh dan pusat-pusat temuduga tersebut hanyalah khas bagi calon-calon yang telah awal memohon untuk jawatan yang dimaksudkan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan dipanggil untuk proses temuduga.

Itu adalah kerana calon-calon tersebut telah memenuhi syarat-syarat kelayakan serta berjaya dalam ujian fizikal yang lepas.

Oleh yang demikian Tiada Temuduga Terbuka yang dijalankan seperti yang sedang heboh dalam beberapa laman social ketika ini.

Bagi yang ingin mengisi kekosongan jawatan tersebut sila layari Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) www.spa.gov.my. dan permohonan boleh dibuat secara online (Borang SPA8).-Sarawakiana



Sumber: Polis Diraja Malaysia
TERKINI!! Hebahan Temuduga Terbuka Konstabel (Lelaki) Adalah Palsu. TERKINI!! Hebahan Temuduga Terbuka Konstabel (Lelaki) Adalah Palsu. Reviewed by Unknown on August 27, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.