PELAKON Mexico yang pernah popular dengan telenovela Rosalinda satu ketika dahulu iaitu Thalia mengakui membuang sepasang tulang rusuknya dengan tujuan kecantikan.
Thalia yang kini berusia 42 tahun ini mendedahkan perkara itu melalui sebuah video yang dimuat naik di laman Instagam miliknya beberapa hari lalu.
Seperti dilaporkan oleh Daily Mail, wanita ini membuang tulang rusuk bagi mengekalkan bentuk pinggang yang kecil dan seksi.
Thalia bersama bekas berisi tulang rusuknya |
Dalam video tersebut, Thalia bergambar bersama sebuah bekas yang berisi tulang rusuknya.-mStar
Thalia 'Rosalinda' Buang Tulang Rusuk Untuk Cantik
Reviewed by uMieySurianie
on
August 15, 2014
Rating:
No comments: