KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem pada Khamis dilantik sebagai Pro-Canselor Swinburne University of Technology Kampus Sarawak.
Majlis penyerahan watikah pelantikan itu disempurnakan oleh Canselor Swinburne, Graham Goldsmith yang diadakan serentak sempena majlis konvokesyen yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo, Kuching.
Adenan menggantikan bekas Ketua Menteri Tun Abdul Taib Mahmud yang kini merupakan Yang Dipertua Negeri Sarawak.
Pada majlis konvokesyen itu, 683 graduan menerima ijazah dan diploma masing-masing.
Graduan itu membabitkan pelajar dari 24 negara termasuk Malaysia, Sri Lanka, Pakistan, China, India, Zimbabwe, Iran dan Kazakhstan. - Bernama
Adenan Dilantik Pro-Canselor Swinburne University Kampus Sarawak
Reviewed by Salfian Nawawi
on
October 09, 2014
Rating:
No comments: