Seo Services

Biar Polis Siasat Sebelum Kait Letupan Kompleks Sun Dengan Pengganas


PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat punca sebenar kejadian letupan bom di hadapan sebuah kelab malam di Kompleks Sun, Bukit Bintang di ibu negara awal pagi Khamis.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak boleh memberi pengesahan dengan 'cakap-cakap' kononnya kejadian itu mempunyai kaitan dengan kegiatan pengganas kerana siasatan masih dilakukan polis.

"Saya akan minta pihak PDRM mengeluarkan kenyataan mengenainya apabila bukti konklusif dan penyiasatan telah dijalankan," katanya pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu di sini.

Seramai 14 orang dilaporkan cedera termasuk seorang pekerja joki lelaki parah dalam insiden letupan bom buatan sendiri pada kira-kira 4.20 pagi itu. Kejadian itu dipercayai serangan bom pertama di pusat hiburan di negara ini.

Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa, sebanyak dua bom dilemparkan dari aras dua, tempat letak kereta bangunan berkenaan. - Bernama
Biar Polis Siasat Sebelum Kait Letupan Kompleks Sun Dengan Pengganas Biar Polis Siasat Sebelum Kait Letupan Kompleks Sun Dengan Pengganas Reviewed by Salfian Nawawi on October 09, 2014 Rating: 5

1 comment:

  1. Pukul 4.25 pagi tu.....masih beroperasi? Selama ni tiada tindakan pihak berkuasa!

    ReplyDelete

ads 728x90 B
Powered by Blogger.