Seo Services

#Bajet2015 : Kerajaan Peruntuk RM5 Bilion Bagi Skim Jaminan Sektor Perkhidmatan


KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyediakan Skim Jaminan Sektor Perkhidmatan dengan peruntukan RM5 bilion untuk merangsang perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor perkhidmatan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Membentangkan Bajet 2015 di Parlimen pada Jumaat, beliau berkata skim itu dijangka memberi manfaat kepada 4,000 PKS yang akan menyaksikan had maksimum pembiayaan sebanyak RM5 juta dengan 70 peratus jaminan kerajaan.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan akan turut melaksanakan Pelan Tindakan Sektor Perkhidmatan sebagai insiatif untuk mencapai sasaran 60 peratus sumbangan PKS kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020.

Tahun lepas, sektor perkhidmatan menyumbang 55.2 peratus kepada KDNK.

"Kerajaan juga akan mewujudkan Skim Insentif Penyelidikan bagi perusahaan dengan peruntukan RM10 juta untuk menggalakkan syarikat-syarikat menubuhkan pusat penyelidikan dalam bidang berteknologi tinggi, teknologi maklumat dan komunikasi dan industri berasaskan pengetahuan," katanya.

Beliau berkata kerajaan akan memperkenalkan semula Dana Perkhidmatan Eksport berjumlah RM300 juta untuk menggalakkan PKS menjalankan kajian kemungkinan pasaran dan mempromosi eksport untuk menembusi pasaran baharu.

"Kerajaan akan mengukuhkan Skim Pembangunan Francais di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bersama Persatuan Francais Malaysia.

"Sebanyak RM20 juta diperuntukkan untuk skim ini," katanya. - Bernama
#Bajet2015 : Kerajaan Peruntuk RM5 Bilion Bagi Skim Jaminan Sektor Perkhidmatan #Bajet2015 : Kerajaan Peruntuk RM5 Bilion Bagi Skim Jaminan Sektor Perkhidmatan Reviewed by Salfian Nawawi on October 10, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.