Seo Services

#Bajet2015 : Pelaksanaan CBP, 300,000 Individu Tidak Perlu Lagi Bayar Cukai Pendapatan


KUALA LUMPUR: Seramai 300,000 individu tidak perlu lagi membayar cukai pendapatan selepas kadar dikurangkan antara satu dan tiga mata peratusan tahun depan susulan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (CBP).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dengan pelaksanaan CBP, kerajaan dapat mengurangkan beban cukai rakyat.

"Bagi tahun taksiran 2015, pembayar cukai yang berkeluarga dan berpendapatan RM4,000 sebulan tidak lagi mempunyai tanggungan cukai," katanya semasa membentangkan Bajet 2015 bertemakan 'Ekonomi Keperluan Rakyat', di Parlimen di sini Jumaat.

Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata cukai pendapatan individu akan distruktur semula dengan pendapatan bercukai pada kadar maksimum dinaikkan daripada melebihi RM100,000 kepada melebihi RM400,000.

Beliau berkata kadar cukai maksimum yang kini pada 26 peratus akan dikurangkan kepada 24 peratus, 24.5 peratus dan 25 peratus.

"Justeru, pembayar cukai akan menikmati penjimatan bayaran cukai sekurang-kurangnya sebanyak 5.3 peratus," katanya.

Bagi tahun taksiran 2015, beliau berkata cukai pendapatan koperasi juga dikurangkan satu sehingga dua mata peratusan.

Selain itu yuran kesetiausahaan dan pemfailan cukai juga dibenarkan potongan cukai, katanya.

Najib berkata bagi 2016, kadar cukai pendapatan syarikat dikurangkan sebanyak satu mata peratusan daripada 25 peratus kepada 24 peratus dan kadar cukai pendapatan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dikurangkan satu mata peratusan daripada 20 peratus kepada 19 peratus.

Bagi membantu para peniaga dalam melaksanakan CBP dengan jaya, Najib berkata beberapa insentif dan bantuan akan disediakan.

Ini termasuk geran latihan berjumlah RM100 juta kepada peniaga untuk menghantar pekerja menjalani latihan tentang CBP dan bantuan kewangan berjumlah RM150 juta kepada PKS untuk pembelian perisian perakaunan. - Bernama
#Bajet2015 : Pelaksanaan CBP, 300,000 Individu Tidak Perlu Lagi Bayar Cukai Pendapatan #Bajet2015 : Pelaksanaan CBP, 300,000 Individu Tidak Perlu Lagi Bayar Cukai Pendapatan Reviewed by Salfian Nawawi on October 10, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.