Seo Services

#Bajet2015 : RM2.7 Bilion Tingkat Keupayaan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi


KUALA LUMPUR: Sebanyak RM2.7 bilion akan diperuntukkan bagi pembinaan 1,000 menara pencawang komunikasi baharu dan pembinaan kabel dasar laut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2015 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata peruntukan itu merupakan inisiatif bagi meningkatkan keupayaan jalur lebar berkelajuan tinggi negara.

"High Speed Broad Band (Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi), di kawasan ekonomi berimpak tinggi akan diteruskan, meliputi ibu negeri dan bandar-bandar terpilih di seluruh negara.

"Sebanyak RM2.7 bilion akan dibelanjakan dalam tempoh tiga tahun," katanya.

Belanjawan berkenaan, bertemakan "Bajet 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat" menyaksikan kerajaan memperuntukkan sebanyak RM273.9 bilion. - Bernama
#Bajet2015 : RM2.7 Bilion Tingkat Keupayaan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi #Bajet2015 : RM2.7 Bilion Tingkat Keupayaan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Reviewed by Salfian Nawawi on October 10, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.