Seo Services

#Bajet2015 : Kerajaan Wujud Skim Khas Bantu Belia Miliki Rumah


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pewujudan Skim Perumahaan Belia sebagai usaha untuk menggalakkan pemilikan rumah dalam kalangan belia di negara ini.

Najib berkata skim itu menawarkan pemilikan rumah pertama yang bernilai tidak melebihi RM500,000 kepada belia berkahwin berumur 25 hingga 40 tahun serta mempunyai pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 dengan tempoh pembiayaan maksimum, 35 tahun.

Beliau berkata sebanyak 20,000 unit rumah akan dibina untuk skim itu yang ditawarkan berdasarkan konsep 'siapa dulu dia dapat'.

"Bila mengupas tentang belia, pemilikan rumah merupakan satu isu besar khususnya soal harga rumah dan kebolehan biayaan," katanya ketika membentangkan "Bajet 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat" di Dewan Rakyat, di sini.

Beliau berkata skim itu diwujudkan secara perkongsian pintar antara kerajaan, Bank Simpanan Nasional, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta Cagamas. - Bernama
#Bajet2015 : Kerajaan Wujud Skim Khas Bantu Belia Miliki Rumah #Bajet2015 : Kerajaan Wujud Skim Khas Bantu Belia Miliki Rumah Reviewed by Salfian Nawawi on October 10, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.