Seo Services

#Bajet2015 : RM6 Bilion Kukuh Rantaian Bekalan Makanan


KUALA LUMPUR: Sebanyak RM6 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam Bajet 2015 untuk memperkukuh Rantaian Bekalan Makanan di samping membantu golongan petani, penternak dan nelayan menambah pendapatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan "Bajet 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat" di Dewan Rakyat pada Jumaat telah menggariskan empat inisiatif utama tujuan itu.

Pertamanya adalah pewujudan 65 buah Pasar Tani kekal dan 50 buah Pasar Ikan yang akan beroperasi setiap hari di beberapa lokasi terpilih mulai tahun 2015 hingga 2017, katanya.

Beliau berkata setakat ini, ada 426 pasar tani dan 50 pasar ikan di seluruh negara.

Inisiatif kedua yang akan dilaksanakan, katanya adalah memperkenal program lelongan sayur-sayuran berkualiti dengan harga berpatutan, setiap minggu di 85 lokasi Pusat Operasi Urusniaga Fama (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) dan pasar tani terpilih di seluruh negara.

Najib berkata inisiatif ketiga adalah langkah untuk merancakkan penanaman dan tanaman semula pokok buah-buahan seperti durian, manggis, langsat, rambutan selain memperhebatkan Program Jom Bertani supaya rakyat mengusahakan tanaman kontan dan sayur-sayuran untuk kegunaan sendiri.

Dalam inisiatif keempat pula, katanya kerajaan akan menyediakan geran pemadanan sebanyak RM100 juta kepada Lembaga Pertubuhan Peladang untuk membolehkan anggotanya membuat pinjaman bagi meningkatkan produktiviti ladang dan rangkaian pemasaran.

Kerajaan juga akan memperuntukkan RM100 juta untuk tujuan mempergiatkan empat Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu di Rompin (Pahang), Batang Lupar (Sarawak), Kota Belud (Sabah) dan Pekan (Pahang) yang melibatkan kawasan tanaman padi seluas 26,905 hektar, katanya. - Bernama

#Bajet2015 : RM6 Bilion Kukuh Rantaian Bekalan Makanan #Bajet2015 : RM6 Bilion Kukuh Rantaian Bekalan Makanan Reviewed by Salfian Nawawi on October 10, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.