Seo Services

Dua Ditembak Mati Dipercayai Terbabit Dalam Tiga Rompakan Di Sabah


KOTA KINABALU: Polis Sabah hari ini mengesahkan dua suspek penjenayah yang ditembak mati di Penampang, petang semalam, dipercayai terbabit dalam tiga kes rompakan bersenjata di sini, Tuaran, dan Penampang sejak awal bulan ini.


Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata pihaknya menerima maklumat kumpulan terbabit merancang rompakan terhadap bank dan kedai emas di Kota Kinabalu atau Penampang sejak dua minggu lalu.

Berikutan maklumat itu, katanya, polis membuat sekatan jalan dan menggerakkan pasukan khas di seluruh negeri dan hasilnya berjaya mengesan kehadiran mereka di Penampang, semalam.

"Polis juga akan menyiasat dakwaan yang mengaitkan suspek dengan militan Sulu selain motif rompakan mereka," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, sebentar tadi.

Dalam kejadian jam 4.15 petang semalam, polis menembak mati dua lelaki dalam operasi khas berhampiran sebuah pasar raya di Penampang Baru.
Dua Ditembak Mati Dipercayai Terbabit Dalam Tiga Rompakan Di Sabah Dua Ditembak Mati Dipercayai Terbabit Dalam Tiga Rompakan Di Sabah Reviewed by Unknown on October 31, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.