BANGI: Dengan sekali lafaz, Farhan Azizan, 29, sah bergelar isteri kepada Ahmad Rashadan Suhaimi, 30, di Masjid Alhasanah, di sini jam 10.15 pagi tadi.
Mereka dinikahkan berwali bapa Farhan sendiri iaitu Azizan Mohd Khir.
Majlis disaksikan Pendaftar Perkahwinan Pejabat Agama Islam Hulu Langat, Zainal Abidin Yusof. Wang hantaran dirahsiakan manakala pengantin perempuan menyerahkan sembilan dulang hantaran yang dibalas tujuh oleh pihak pengantin lelaki.
Bintang Akademi Fantasia musim keempat itu memanjat kesyukuran kerana semuanya berjalan lancar.
"Lega kerana hubungan kami sudah sah. Selepas lebih lapan tahun menjalinkan cinta termasuk melalui cinta jarak jauh, kami akhirnya menempuhi fasa baru bersama. Tanggung jawab lebih berat selepas ini dan Insya-Allah kami akan tanganinya sebaik mungkin," kata Farhan.
Sepatutnya pasangan ini bernikah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya tetapi lokasi bertukar pada saat akhir.
Malam ini kedua-dua mempelai akan diraikan di Dewan Seri Endon, Putrajaya.
Majlis sebelah bakal pengantin lelaki akan diadakan di Kuantan sekitar November depan. Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 12 Februari 2012.
Majlis sebelah bakal pengantin lelaki akan diadakan di Kuantan sekitar November depan.
Mereka memberitahu sedang merancang untuk berbulan madu di Kepulauan Maldives sekitar hujung tahun ini atau awal tahun depan kerana semuanya bergantung kepada jadual kerja Farhan.-BH
Farhan Rancang Bulan Madu Di Maldives
Reviewed by Unknown
on
October 10, 2014
Rating:
No comments: