MANAGUA, Nicaragua: Hujan lebat yang mencapai rekod tertinggi di negara ini mengakibatkan tanah runtuh dan banjir yang mengorbankan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, kata pegawai Nicaragua.
Institut Kajian Wilayah berkata sejumlah 378 milimeter hujan turun dalam tempoh 24 jam, paling tinggi yang pernah direkodkan.
Jurucakap kerajaan Rosario Murillo berkata kanak-kanak perempuan itu dibawa arus deras di pinggir Santa Teresa di kawasan kepulauan Ometepe di Tasik Nicaragua.
Terdapat lima kejadian tanah runtuh di Gunung Berapi
Concepcion di Ometepe, dan pihak berkuasa menutup jalan di kawasan popular dalam kalangan pelancong itu.
Murillo berkata 890 rumah terbabit dalam banjir itu dan 24 musnah. - AP
Tanah Runtuh, Banjir Ragut Nyawa Seorang Kanak-Kanak
Reviewed by Unknown
on
October 10, 2014
Rating:
No comments: