Seo Services

Kanak-Kanak Lemas Kolam Renang, Meninggal Selepas 9 Hari Kritikal


GEOGETOWN: Kanak-kanak perempuan yang dilapor kritikal selepas lemas di dalam kolam renang di sebuah kondominium di Bandar Baru Air Itam pada 6 Oktober lalu, meninggal dunia.

Ooi Zhi Ting, 6, disahkan mati jam 1.05 tengah hari ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang (HPP).

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid dalam kenyataan di sini berkata, kes itu diklasifikasi sebagai kematian mengejut.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu Ooi dikatakan sedang bermain bersama dua kakaknya yang berumur antara 11 dan 16 tahun sebelum terjatuh ke dalam kolam renang sedalam 1.2 meter.

Sementara itu, bapa kanak-kanak itu yang enggan namanya disiarkan berkata beliau berhasrat mendermakan kesemua organ anaknya kepada mereka yang memerlukan.

“Saya sudah tandatangan surat persetujuan untuk derma organ itu dan anak saya dijangka boleh dibawa balik esok untuk upacara pengebumian selepas pembedahannya selesai,” katanya ketika ditemui di HPP. - Suara TV
Kanak-Kanak Lemas Kolam Renang, Meninggal Selepas 9 Hari Kritikal Kanak-Kanak Lemas Kolam Renang, Meninggal Selepas 9 Hari Kritikal Reviewed by JANUARIUS on October 15, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.