Seo Services

Penunjuk Perasaan Di Hong Kong Bertindak Ganas, Cabar Polis

Foto AFP

HONG KONG: Polis terpaksa menggunakan kekerasan dan penyembur lada ketika menghadapi penunjuk perasaan prodemokrasi yang bertindak ganas dalam pertempuran awal pagi ini.

Wartawan AFP melaporkan polis juga terpaksa menggunakan belantan dalam tindakannya ke atas penunjuk perasaan itu yang enggan membenarkan pihak berkuasa mengalihkan penghadang yang mereka naikkan berhampiran jalan raya menuju ke bangunan ibu pejabat kerajaan.

Keganasan yang berlaku adalah antara yang terburuk sejak perhimpunan pelajar yang disokong orang ramai bagi mendesak Beijing supaya memberi hak sepenuhnya untuk menentukan pemimpin di Hong Kong dalam pilihan raya 2017.

Dalam tempoh sejam polis menguasai kawasan di Jalan Lung Wo, beberapa meter dari pejabat Ketua Eksekutif Hong Kong yang dilanda masalah.

Sebilangan penunjuk perasaan yang cedera, kelihatan ditahan polis. - AFP
Penunjuk Perasaan Di Hong Kong Bertindak Ganas, Cabar Polis Penunjuk Perasaan Di Hong Kong Bertindak Ganas, Cabar Polis Reviewed by Unknown on October 15, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.