Seo Services

Penganggur Didakwa Membunuh Teman Wanita

gambar hiasan
BUKIT MERTAJAM: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan membunuh teman wanitanya dalam kejadian di Pengkalan Datok Keramat, Bukit Tengah di sini, September lalu.

Abdul Khalid Md Isa, 43, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Musyiri Peet.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Rohani Hashim, 30, di sebuah rumah No 4183, Jalan Pengkalan Datok Keramat, Bukit Tengah di sini, pada jam 4 petang, 29 September hingga 6 petang, 30 September lalu.

Dia didakwa melakukakan kesalahan mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh, jika sabit kesalahan tertuduh boleh dijatuhi hukuman gantung sampai mati.-BH
Penganggur Didakwa Membunuh Teman Wanita Penganggur Didakwa Membunuh Teman Wanita Reviewed by Unknown on October 15, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.