Seo Services

Keadaan Sekitar Istana Kehakiman Lengang



PUTRAJAYA: Pekarangan kompleks Istana Kehakiman, di sini lengang pada hari ketiga rayuan akhir Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kesalahan liwat yang didengar di Mahkamah Persekutuan, hari ini.

Tinjauan BH Online setakat jam 9.30 pagi tadi mendapati, hanya petugas media dan kira-kira 50 penyokong Anwar berkumpul di luar pekarangan bangunan menempatkan Mahkamah Persekutuan itu.

Anggota polis dan RELA bagaimanapun meneruskan kawalan ketat dengan menempatkan anggotanya di sekitar kompleks Istana Kehakiman dan menyaring mereka yang masuk ke dalam kawasan mahkamah.

Beberapa jalan turut ditutup di sekitar Putrajaya untuk memberi laluan kepada persiapan penganjuran Festival Kesenian Islam 2014 yang akan berlangsung pada 1 November ini.

Perbadanan Putrajaya juga turut menutup beberapa lokasi di sekitar Istana Kehakiman dipercayai bagi mengelakkan peniaga mengambil kesempatan menjalankan perniagaan tanpa kebenaran.

Sementara itu, Anwar tiba di mahkamah pada jam 9 pagi dan terus memasuki kamar mahkamah untuk perbicaraan. -BH
Keadaan Sekitar Istana Kehakiman Lengang Keadaan Sekitar Istana Kehakiman Lengang Reviewed by Unknown on October 30, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.