Seo Services

Malaysia Naik Dua Tangga


KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan kedudukan ke-18 dalam Laporan Menjalankan Perniagaan 2015 (Doing Business 2015) yang diguna pakai oleh Bank Dunia dengan kelebihan dua tangga lebih baik berbanding yang dicatatkan pada 2014.

Penilai Jawatankuasa Laporan Doing Business 2015, Augusto Lopez-Claros berkata, pengiraan dilakukan berdasarkan metodologi baru dengan Malaysia mencatatkan penambahbaikan dalam lima indikator iaitu memulakan perniagaan, urusan permit pembinaan, kemudahan bekalan elektrik, pendaftaran hartanah dan penyelesaian insolvensi.

“Bank Dunia memaklumkan bahawa Malaysia menggunakan penemuan daripada indikator berkenaan sebagai input untuk menambah baik persekitaran perniagaan.

“Sebagai contoh, tempoh memulakan perniagaan dapat dikurangkan daripada enam hari kepada 5.5 hari dengan kos dikurangkan daripada 7.6 peratus kepada 7.2 peratus,” katanya pada sidang video yang diadakan secara langsung dari Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Mengikut metodologi terbaru itu, Malaysia berada di kedudukan ke-20 pada 2014 dan memperbaiki kedudukan di tangga ke-18 pada 2015. Dalam kalangan negara Asia, Malaysia berada di kedudukan keempat selepas Singapura, Hong Kong dan Korea.

Menurutnya, untuk laporan berkenaan, Bank Dunia melakukan pembaharuan penilaian dalam tiga aspek iaitu mendapatkan kredit, melindungi pelabur minoriti dan penyelesaian insolvensi.

“Namun, untuk laporan 2016, fokus akan diletakkan kepada lima aspek iaitu mendaftarkan perniagaan, urusan permit pembinaan, mendapatkan bekalan elektrik, pembayaran cukai dan penguatkuasaan kontrak.

“Semua aspek berkenaan akan diteliti bagi menentukan kedudukan setiap negara yang disenaraikan dalam laporan berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, menurutnya Malaysia perlu memberi penekanan kepada aspek di luar perniagaan untuk mengekalkan kedudukan lebih baik.

“Jika dilihat penilaian terhadap negara yang mencatatkan kedudukan teratas, mereka bukan hanya memberi fokus kepada aspek perniagaan, sebaliknya turut memberi tumpuan kepada perkara lain seperti pendidikan, tenaga kerja, penyelidikan dan pembangunan (R&D), latihan dan motivasi.

“Jika Malaysia mahu memperbaiki kedudukan, perkara berkenaan harus diambil kira dan tidak hanya menekankan aspek berkaitan perniagaan semata-mata,” katanya. - HMetro
Malaysia Naik Dua Tangga Malaysia Naik Dua Tangga Reviewed by JANUARIUS on October 30, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.