KAHERAH: Seramai 30 orang maut dalam satu kemalangan membabit tiga buah bas di selatan Mesir awal pagi semalam.
Sumber keselamatan berkata, lebih 12 orang cedera apabila dua buah bas bertembung di sebatang lebuh raya di padang pasir di pinggir bandar Edfu, di utara Aswan.
Katanya lagi, kedua buah bas itu turut dirempuh sebuah bas lain yang tiba dilokasi berkenaan beberapa minit selepas itu.
Terdahulu, beratus orang mati dan beribu-ribu yang lain cedera setiap tahun akibat kemalangan jalan raya di Mesir yang kebiasaannya disebabkan kelalaian pemandu dan keadaan jalan yang teruk. - REUTERS
Kemalangan Bas, 30 Maut Di Mesir
Reviewed by Unknown
on
October 14, 2014
Rating:
No comments: