VISAKHAPATNAM: Seramai lapan orang terkorban apabila Taufan Hudhud membadai kawasan darat di timur India hari ini.
Pegawai anggota penyelamat berkata, taufan yang melanda menyebabkan kerosakan teruk berlaku namun jumlah kematian setakat ini terbatas kerana berpuluh ribu penduduk di kawasan bencana terlebih dahulu dibawa ke pusat perlindungan untuk diselamatkan.
Tiupan angin kencang dengan kelajuan 195 kilometer sejam yang dibawa Taufan Hudhud menghempas kawasan perairan Andhra Pradesh dan Odisha sejak semalam sekali gus mengorbankan lapan orang dan menyebabkan kemusnahan yang meluas. - REUTERS
Lapan Terkorban Dalam Taufan Hudhud
Reviewed by Unknown
on
October 14, 2014
Rating:
No comments: