Seo Services

Kemenangan BN di Pengkalan Kubor perlu dikaji

 

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak menegaskan bahawa kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor baru-baru ini harus dikaji bagi menentukan kejayaan berterusan parti berkenaan.

"Kita ambil maklum kejayaan di Pengkalan Kubor... kemenangan ini mesti dikaji sebagai template untuk menentukan kejayaan secara berterusan (BN pada pilihan raya akan datang)," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn di sini, sebentar tadi.

Najib turut mengucapkan tahniah kepada jentera BN diketuai Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai Pengerusi Perhubungan negeri serta sayap parti kerana bertungkus-lumus menzahirkan kemenangan pada pilihan raya kecil itu.-BH
Kemenangan BN di Pengkalan Kubor perlu dikaji Kemenangan BN di Pengkalan Kubor perlu dikaji Reviewed by Unknown on October 14, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.