Visual seekor ketam gergasi yang berjaya dirakam dari pemandangan udara yang kini tersebar di dunia maya bukan saja telah mengejutkan penduduk di Britain dan seluruh dunia, malah menimbulkan persoalan apakah ianya betul atau sebaliknya.
Bayangan ketam gergasi itu dapat dilihat di dalam air cetek berhampiran kawasan pantai di pelabuhan di Whitstable, Kent.
Ramai yang menegaskan bahawa ia adalah bukti ketam terbesar di Britain tetapi ramai juga yang lain berpendapat bahawa ia adalah tidak lebih daripada satu penipuan.
Lahir juga beberapa panggilan seperti "Crabzilla" namun ada juga yang berpendapat imej tersebut tidak lebih daripada pembentukan sebuah beting yang berbentuk luar biasa ataupun hanya satu penipuan photoshop.
Pelabuhan Kent, Whitstable, bandar tepi laut ini memang terkenal dengan pengeluran tiram, tetapi imej terbaru ini mungkin akan memberi yang berlainan.
Gambar yang telah dikongsi dalam talian, nampaknya menunjukkan seekor ketam gergasi bersaiz 50 kaki telah muncul tiba-tiba di perairan tersebut.
Ia berbentuk seperti ketam yang boleh dimakan, satu spesies yang biasa dijumpai dalam air British dan membesar dengan saiz yang puratanya lima inci.
Gambar itu disiarkan di laman web yang dikenali sebagai Weird Whitstable - koleksi talian haiwan aneh dan luar biasa di bandar. - Sarawakiana
Ketam Gergasi 50 Kaki Muncul Di Britain?
Reviewed by Salfian Nawawi
on
October 14, 2014
Rating:
No comments: