Seo Services

Peninju Lagenda Muhammad Ali uzur akibat penyakit Parkinson


Los Angeles : Peninju lagenda Muhammad Ali kini semakin uzur akibat penyakit Parkinson hinggakan beliau sukar untuk bercakap.

Menurut adiknya, Rahman, 71, Muhammad Ali disahkan menghidap Parkinson pada 1984 dan kekal aktif selepas beberapa tahun namun kini kesihatannya semakin merosot.

Susulan itu Muhammad Ali tidak dapat mengambil bahagian dalam filem yang berkisarkan dirinya, bertajuk `I Am Ali’.

Beliau juga terlalu uzur untuk menghadiri tayangan filem itu minggu lepas dan hanya terlantar di rumah.

“Saya tidak dapat bercakap dengan abang saya kerana dia sakit.

Dia juga tidak boleh bertutur dengan baik namun dia bangga kerana kami sentiasa berada di sisinya,’’ kata Rahman yang turut menambah bahawa abangnya itu merestui filem I Am Ali.

Filem I Am Ali itu mengisahkan kehidupannya Muhammad Ali yang turut digelar Louisville Lip.

Muhammad Ali sebelum ini pernah membuat kemunculan pada Sukan Olimpik 1996 apabila dia menyalakan obor sukan berkenaan.

Dalam pada itu, anak lelaki Muhammad Ali iaitu Ali Junior percaya bapanya tidak mampu bertahan sehingga hujung tahun ini.


sumber
Peninju Lagenda Muhammad Ali uzur akibat penyakit Parkinson Peninju Lagenda Muhammad Ali uzur akibat penyakit Parkinson Reviewed by Unknown on October 14, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.