KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar optimis atlet paralimpik mampu membuktikan kemampuan mereka meraih lebih sembilan pingat emas pada temasya Sukan Para Asia di Incheon, Korea Selatan, bermula 18 Oktober ini.
Katanya soal meletakkan sasaran adalah bersandarkan kepada kemajuan prestasi atlet paralimpik itu sendiri.
"Jika tidak ada kemajuan prestasi, kita tidak boleh buktikan kepada negara bahawa atlet paralimpik kita sudah meningkat pencapaian mereka.
"Mereka terpaksa harungi pelbagai cabaran dalam menjalani sesi latihan seharian, jadi saya yakin mereka akan guna pengalaman latihan dan penyertaan ke kejohanan tempatan mahu pun dunia sebelum ini sebagai penambah semangat," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang.
Jalur Gemilang Sukan Para Asia diserahkan kepada pemegang bendera, Muhammad Ziyad Zolkefli.
Untuk rekod, kontijen negara meraih sembilan pingat emas, 13 perak dan 23 gangsa pada Sukan Para Asia 2010 di Guanghzou, China.
Kontinjen negara sejumlah 199 atlet dan pegawai akan menyertai 15 jenis sukan di Incheon 18 hingga 25 Oktober ini. - BERNAMA
Khairy Yakin Atlet Para Asia Mampu Raih Lebih 9 Emas
Reviewed by Unknown
on
October 10, 2014
Rating:
No comments: