Seo Services

Serangan Bom Nekad, 47 Terbunuh


YAMAN: Sekurang-kurangnya 47 orang terbunuh dalam serangan bom nekad di ibu negara Yaman, Sanaa, sekali gus mencetuskan lagi kekacauan di negara yang dibelenggu keganasan itu.

Berpuluh lagi orang cedera dalam serangan di Dataran Al-Tahrir itu yang menyasarkan perhimpunan penyokong pemberontak Syiah yang menguasai ibu negara itu bulan lalu.

Kementerian Kesihatan Yaman menyatakan 47 orang terbunuh manakala 75 yang lain cedera dalam letupan itu.

Sementara itu, serangan bom kereta membunuh 20 askar Yaman di tenggara negara itu dan sumber tentera percaya ia dilakukan militan Al-Qaeda.

Serangan bom itu berlaku sehari selepas perdana menteri baharu yang dilantik sebagai sebahagian daripada perjanjian damai yang diatur Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, menolak jawatan itu berikutan bantahan keras pemberontak. - AFP
Serangan Bom Nekad, 47 Terbunuh Serangan Bom Nekad, 47 Terbunuh Reviewed by Unknown on October 10, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.