Seo Services

Lambaian "Jari Tengah" Bernilai US$2,150


Bintang Tennis Italy Fabio Fognini telah didenda sebanyak US$2,150 diatas tindakannya yang menunjukkan "jari tengahnya" kepada penonton setelah tewas kepada pemain Tennis China yang berada pada ranking yang ke-553 dunia pada Kejohan Tennis Shanghai Masters.

Fognini, yang berada pada ranking yang ke-17 dunia menunjukkan jarinya kepada penonton sebaik meninggalkan stadium setelah tewas kepada Wang Chuhan 7-6 (7-5) 6-4 pada pusingan pertama kejohanan tersebut.

Chuhan telah terpilih untuk mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut sebagai pemain  "Wild-Card".

Fognini bahkan dikatakan telah menolak Chuhan dengan bahunya sewaktu mereka berdua berjabat tangan pada penghujung perlawanan berkenaan.

Difahamkan Fognini seringkali telah didenda kerana berlakuan buruk sewaktu mengambil bahagian dalam kejohanan-kejohanan sebelum ini.

Jumlah keseluruhan denda beliau di Wimbeldon pada tahun ini sahaja sudah mencecah US$27,500 kerana mempamirkan kelakuan korang sopan dan tiada semangat kesukanan. - Sarawakiana
Lambaian "Jari Tengah" Bernilai US$2,150 Lambaian "Jari Tengah" Bernilai US$2,150 Reviewed by Salfian Nawawi on October 09, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.