Selepas cabaran Baldi Ais (Ice Bucket Challenge) yang telah mencetuskan fenomena di seluruh dunia beberapa bulan lepas, kini muncul cabaran baharu yang semakin popular iaitu ‘Memegang Telur’ (Feeling Nuts).
Cabaran tersebut telah dirancang dan dipromosikan oleh Kumpulan Kesedaran Kanser Testis yang berpangkalan di United Kingdom (UK).
Trend baharu meraba ‘celah kelangkang’ menjadi viral di laman sosial dan maklumat aksi yang disifatkan ‘kreatif’ itu boleh diperolehi dengan menggunakan hashtag #FeelingNuts.
Kenapa kanser buah zakar memerlukan kesedaran? Berbeza dengan beberapa jenis kanser lain, kanser testis biasanya memberi kesan kepada anak-anak muda, dengan purata diagnosis di usia 33, lapor American Cancer Society.
Organisasi ini menganggarkan bahawa 8,820 kes baru kanser testis akan didiagnosis tahun ini di Amerika Syarikat.
Menurut ACS, lelaki kulit putih mempunyai risiko yang paling tinggi, diikuti dengan Latin, lelaki Asia-Amerika dan hitam, .
Cabaran ini mula mendapat perhatian pengguna di laman sosial dan telah disertai oleh selebriti-selebriti terkenal antarabangsa bagi membantu meningkatkan kesedaran terhadap penyakit tersebut.
Terbaharu, bintang antarabangsa Hugh Jackman (pelakon Filem The Wolverine) dan William Shatner turut menyahut cabaran Feeling Nuts.
Untuk menyahut cabaran ini, mereka perlu memegang testis mereka dan mengambil foto sendiri dengan cara yang paling 'unik'.
Dengan cara itu, mereka dapat untuk mengenal pasti penyakit serta punca penyakit tersebut.
Ramai pengguna di laman sosial kini mula memuat naik gambar unik mereka sebagai tanda menyokong kesedaran terhadap penyakit ini.
Adakah lelaki Malaysia berani menyahut cabaran seperti ini?
'Pegang Telur Zakar' Elak Penyakit Kanser
Reviewed by Unknown
on
October 09, 2014
Rating:
No comments: