Seo Services

Liwat Isteri Sendiri


Temerloh - Seorang penoreh getah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Temerloh hari ini atas pertuduhan meliwat isterinya sendiri.

Tertuduh, Adnan Ramli, yang berusia 48 tahun, bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan menuntut dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Jamaludin Mat.

Dia didakwa melakukan hubungan seks secara luar tabii tanpa kerelaan isterinya setelah melakukan hubungan seks secara normal di rumahnya sendiri di Perumahan Kilang Sawit Charuk Puting, Temerloh. 

Hakim membenarkan Adnan diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 November untuk sebutan semula kes. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 377(C) Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan kerana meliwat.-Sarawakiana
Liwat Isteri Sendiri Liwat Isteri Sendiri Reviewed by Unknown on October 14, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.