NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sudah meluluskan dana sejumlah AS$49 juta bagi membiayai misi badan dunia itu di seluruh dunia dalam memerangi Ebola.
Jawatankuasa Bajet Perhimpunan Agung PMM menerima resolusi yang dikemukakan Setiausaha Agung agar dana ini dikeluarkan bagi membiayai pelbagai operasi menangani Ebola sehingga penghujung Disember ini.
Ia adalah misi pertama PBB untuk menangani krisis kesihatan apabila Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) melaporkan Ebola kini sudah membunuh lebih 3,400 orang di Afrika Barat dan menjangkiti lebih dua kali ganda daripada jumlah itu.
Misi yang berpangkalan di Ghana kini sudah membuka tiga pejabat di negara Afrika Barat yang berdepan wabak Ebola iaitu Liberia, Sierra Leone dan Guinea.
Minggu lalu, PBB berkata, mereka kehilangan seorang kakitangannya warga Liberia yang kemungkinan dijangkiti Ebola. - BH
PBB Lulus AS$49 Juta 'perangi' Ebola
Reviewed by MRJ | Mr. Januarius Tomek
on
October 08, 2014
Rating:
No comments: