KUALA LUMPUR 14 Okt. - Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diminta memeriksa papan iklan yang dipasang di jejantas berikutan insiden bumbung jejantas tercabut dan diterbangkan angin kencang di Lebuhraya Pasir Gudang, Johor, Ahad lalu.
Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata mengikut kajian awal Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor, papan kenyataan iklan yang dipasang pada jejantas tersebut adalah antara punca insiden itu.
Katanya, pemasangan itu tanpa kelulusan, oleh itu berkemungkinan tidak mematuhi spesifikasi dan standard keselamatan ditetapkan.
``Kita harap semua papan kenyataan iklan yang tidak mendapat kelulusan sama ada dari pihak kementerian atau pihak PBT dibuka (diturunkan),'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Inovasi Kementerian Kerja Raya 2014 di sini, hari ini. - BERNAMA
No comments: