KUCHING: Skuad Sayang Pantai Damai telah mengembangkan peranan dalam membantu masyarakat dengan menyertai sukaralewan dalam program Program Khidmat Bantu Di Rumah yang diwujudkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak.
Majlis pelancaran tersebut dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai Dr Haji Abdul Rahman Junaidi di Kampung Bintawa Ulu di sini petang semalam.
"Program baru dan terkini dibawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak dan program yg amat penting dan bertepatan dgn keperluan masyarakat masakini," kata Abdul Rahman.
"Harapan saya, dengan adanya program Khidmat Bantu Di Rumah ini akan dapat digabungkan dengan Skuad Sayang Pantai Damai bagi membantu masyarakat secara menyeluruh dan akan memberi impak yang lebih bermakna."
Bercakap kepada Sarawakiana, Abdul Rahman menjelaskan masih terdapat juga golongan masyarakat yang tertinggal ataupun terlepas daripada bantuan kebajikan terutamanya masyarakat yang sememangnya layak menerima bantuan tersebut.
"Dengan adanya sukarelawan sebegini, ia akan dpt mengatasi masalah keciciran," tambahnya lagi. - Sarawakiana
Pelancaran Program Khidmat Bantu Di Rumah
Reviewed by Salfian Nawawi
on
October 30, 2014
Rating:
No comments: