Seo Services

Rampasan Balak Haram Dan Peralatan Bernilai RM1.1 Juta


KUCHING: Kegiatan sebuah kapal yang membawa batang-batang balak dipercayai diperolehi secara haram berjaya ditumpaskan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Sibu di kawasan perairan Batang Rajang, lewat malam kelmarin.

Menurut Komander PPM Wilayah Lima ACP Kalai Chelvan, aktiviti tersebut dikesan hasil penahanan dan pemeriksaan terhadap sebuah kapal bernama Buana Indah menerusi Operasi Pensura yang dijalankan.

“Turut ditahan tujuh kru kapal yang merupakan warganegara China, India dan Indonesia namun mempunyai permit kerja yang sah,” katanya menerusi satu kenyataan.

Dalam operasi itu, pihak polis turut merampas sebuah kren bernilai RM300,000 serta 350 batang kayu balak pelbagai jenis serta saiz bernilai RM125,000.

Keseluruhan tangkapan dianggarkan bernilai RM1.125 juta.

Kesemua orang yang ditahan serta rampasan diserahkan kepada pihak Jabatan Perhutanan Bahagian Sibu untuk tindakan selanjutnya.

Kes akan disiasat di bawah Ordinan Perhutanan Sarawak.

PPM Wilayah Lima Sarawak mengalu-alukan orang awam dan agensi kerajaan lain menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti-aktiviti jenayah untuk tindakan pencegahan dan pembanterasan.

Sebarang maklumat boleh disalurkan terus ke pejabat PPM Wilayah 5 di talian 082-334111 atau faks 082-344780. - UB
Rampasan Balak Haram Dan Peralatan Bernilai RM1.1 Juta Rampasan Balak Haram Dan Peralatan Bernilai RM1.1 Juta Reviewed by Salfian Nawawi on October 27, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.