Seo Services

Utamakan Pendidikan Anak-Anak


SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri menekankan semua ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) agar sentiasa mengambil berat pendidikan anak-anak.

Menurut beliau, sudah menjadi tanggungjawab JKKK menerangkan kepada ahli-ahli pentingnya pendidikan terbaik kepada anak-anak mereka selain memberi fokus kepada agenda pembangunan.

“Anak-anak perlu dilengkapi dengan pendididkan mencukupi kerana tanpa pendidikan secukupnya mereka akan ketinggalan dalam arus kemajuan,” katanya pada Program Lan Berambeh di Rumah Mathew Japar, Gran A, Sri Aman petang kelmarin.

Menurutnya, kita amat memerlukan golongan cerdik pandai untuk membangunkan negeri ini pada masa akan datang.

“Sekiranya kita tidak mahu menghantar anak-anak kita ke sekolah menimba ilmu, bagaimana nasib anak-anak kita menjelangnya tahun 2020 nanti.

“Sudah pasti mereka akan ketinggalan menikmati arus pembangunan negara,” katanya.

Hadir sama Timbalan Residen Bahagian Sri Aman Hamdan Katang, Pegawai Daerah Sri Aman Ismawie Salleh, Walikota Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) Richard Tawan Sedu, Pegawai JASA Parlimen Batang Lupar Zaidel Ripin, Pegawai JASA DUN Lingga Sulaiman Amut serta ketua-ketua masyarakat.

Pada majlis itu, Simoi turut mengumumkan peruntukan RM5,000 kepada JKKK dan RM2,000 kepada Biro Wanita rumah panjang berkenaan.

Program itu dimeriahkan dengan sukanneka, pertandingan mewarna, senamrobik, karaoke, poco-poco serta cabutan bertuah. - UB
Utamakan Pendidikan Anak-Anak Utamakan Pendidikan Anak-Anak Reviewed by JANUARIUS on October 27, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.