Seo Services

Seks Sejenis Salah Mengikut Undang-Undang Singapura

SINGAPURA: Mahkamah Tertinggi Singapura semalam menolak dua cabaran yang dikemukakan tiga lelaki bahawa undang-undang melarang melakukan hubungan seks dengan lelaki lain melanggar hak asasi mereka.

Ahli terapi urut, Tan Eng Hong 51 dan pasangan gay, Gary Lim Meng Suang, 46 dan Kenneth Chee Mun-Leon, 38 dikenakan hukuman penjara dua tahun setiap seorang kerana didapai bersalah melakukan hubungan seks dengan kaum sejenis sementara Tan didakwa melakukan seks oral dengan lelaki lain dalam tandas awam.

Ketiga-tiga lelaki berkenaan menuntut penolakan undang-undang tersebut yang menurut mereka bersifat diskriminatif dan adalah wajar untuk dihapuskan oleh mahkamah.

Hujah mereka bahawa Seksyen 377A undang-undang tersebut melanggar hak mereka untuk mendapat perlindungan saksama di bawah Perkara 12 Perlembagaan, dan melanggar hak mereka untuk hidup dan bebas seperti dijamin oleh Perkara 9 seperti di laporkan portal UMNO.

Keputusan mahkamah ini di buat diwaktu isu ini hangat dibicarakan dikalangan masyarakat Singapura yang konservatif. Seperti Malaysia, Singapura juga menggunakan undang-undang yang lebih kurang sama dalam isu membabitkan hubungan seks antara kaum sejenis.- FMT
Seks Sejenis Salah Mengikut Undang-Undang Singapura Seks Sejenis Salah Mengikut Undang-Undang Singapura Reviewed by Admin on October 31, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.