Seo Services

Seorang Lelaki Hampir Maut Gara-gara Rokok Elektronik


Tindakan seorang perokok beralih kepada e-rokok kerana faktor kesihatan bertukar tragedi apabila alat itu meletup dan mencederakan kakinya.

David Aspinall dari Wigan mendakwa ia berpunca kerana beliau mengecas alat tersebut terlalu lama sehingga ia meletup dan serpihan besi terkena pada beberapa bahagian kakinya.

"Kaki saya berlubang akibat terkena serpihan alat e-rokok itu dan pakar bedah memberitahu ia umpama luka terkena tembakan," katanya.


Selain mengalami kecederaan yang serius, beliau juga kehilangan sebuah rumah flat milikinya akibat daripada letupan yang kuat.

Ekoran insiden itu, Aspinall terpaksa menerima rawatan selama sembilan hari di hospital dan akhirnya membuat keputusan untuk menggunakan rokok biasa yang dianggap lebih 'selamat'.-Sarawakiana
Seorang Lelaki Hampir Maut Gara-gara Rokok Elektronik Seorang Lelaki Hampir Maut Gara-gara Rokok Elektronik Reviewed by Unknown on October 14, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.