KUALA LUMPUR: Kumpulan penjenayah warga Amerika Latin yang terbabit dalam kejadian menggodam mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dipercayai merancang menggunakan sistem 'hawala' iaitu pemindahan dari tangan ke tangan untuk membawa keluar wang dari negara ini.
Taktik itu terbongkar selepas pasukan siasatan khas Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, menjalankan soal siasat serta merakam percakapan lima rakyat tempatan yang juga pemilik dan kakitangan syarikat penggurup wang di Johor Bahru, menerusi Ops Albatross, semalam.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (Siber dan Multimedia), Senior Asisten Komisioner Mohd Kamarudin Md Din, berkata setakat ini polis masih menjalankan siasatan, termasuk merakam kenyataan pengurup wang dan syarikat yang menawarkan perkhidmatan pemindahan wang bagi membolehkan suspek warga Amerika Latin terbabit dikenalpasti.
Buntu bawa wang keluar
"Berdasarkan maklumat dan perisikan pasukan Ops Albatross, khidmat pemindahan wang menggunakan rangkaian pengurup wang menjadi pilihan suspek warga Amerika Latin kerana mereka tidak mempunyai pilihan untuk membawa keluar wang yang dilarikan daripada 18 mesin ATM yang digodam.
"Justeru terdapat kemungkinan besar, suspek dan pemilik syarikat pengurup wang bersekongkol untuk membolehkan wang berkenaan keluar, sama ada melalui laluan udara atau laut ke negara ketiga sebelum melakukan proses pemindahan menggunakan akaun bank di negara
berkenaan," katanya ketika dihubungi BH, semalam.-BH
Suspek Seludup Wang Guna Sistem 'Hawala'
Reviewed by Unknown
on
October 04, 2014
Rating:
No comments: