Taktik baru penjenayah mencari duit mudah iaitu dengan membuat ugutan sedemikan.
Mangsa akan menerima panggilan dari seseorang yang tidak dikenali dimana pemanggil tersebut akan menyebut nama mangsa dan memaksanya untuk memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank.
Pemanggil juga akan mendakwa dirinya adalah seorang ahli kumpulan kongsi gelap.
Pemanggil akan mengugut jika mangsa tidak mahu dia akan menangkap anak dan membunuh mangsa, mangsa harus memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank yang di beri oleh pemanggil.
Seandainya kita memasukkan wang, pemanggil akan mengulangi ugutan pada hari yang seterusnya.
Sesiapa yang menerima panggilan sedemikian, di minta jangan melayani pemanggil, jangan pergi ke bank sebaliknya dan terus buat laporan polis.
Sudah ramai yang menjadi mangsa dan difahamkan, beberapa orang guru di sebuah sekolah menengah di Kemena, Bintulu juga telah menerima panggilan yang serupa dan laporan polis telah dibuat.
Berikut adalah no. akaun dan no. talipon yang di gunakan pemanggil:
Khor Lian ***, RHB bank. 1-08249-001****-0,
016****121, 011****6188, 011****1299, 011****8577, 011****6186
Sekiranya sesiapa yang menerima panggilan sebegini, perhilah ke balai Polis yang berhampiran untuk membuat laporan. - Sarawakiana
"Tangkap Anak Kalau Tak Masuk Duit"
Reviewed by Salfian Nawawi
on
October 07, 2014
Rating:
No comments: