Seo Services

Najib Sampaikan Ucapan Dasar Pada Perhimpunan Agung 2014


KUALA LUMPUR – Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan dasarnya di hadapan 2,752 perwakilan pada Perhimpunan Agung Umno 2014, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.

Antara topik pengenalan yang disampaikan Najib dalam ucapannya itu ialah mengenai solidariti.

Beliau menyentuh mengenai insiden pencerobohan pengganas dari Selatan Filipina pada Febuari 2013, tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, pada 8 Mac lepas dan peristiwa berdarah pesawat MAS, MH17, ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai lepas.

Beliau berkata kesemua tragedi itu telah membawa rakyat di negara ini bersatu untuk menghadapinya dengan tabah dan beliau menyifatkan ia “Inilah lambang Solidariti”.

“Rakyat Malaysia secara keseluruhan menunjukkan semangat muafakat yang cukup luar biasa. Khususnya pada hari berkabung. Kita ingin semangat persatuan ini diteruskan sampai bila-bila. Inilah lambang perpaduan yang dinamakan Solidariti,” katanya yang menyebut perkataan ‘solidariti’ itu beberapa kali. – BERNAMA
Najib Sampaikan Ucapan Dasar Pada Perhimpunan Agung 2014 Najib Sampaikan Ucapan Dasar Pada Perhimpunan Agung 2014 Reviewed by Unknown on November 27, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.