Seo Services

Doktor Pakar Kelahiran Malaysia Di Britain Akui Rakam Video Secara Rahsia


Seorang doktor pakar telinga kelahiran Malaysia di Britain telah mengaku bersalahan di mahkamah Britain kerana telah membuat ratusan rakaman secara tersembunyi ke atas pesakit, orang awam rakan-rakan, kanak-kanak dan pelawat hospital.

Dr Lam Hoe Yeoh, 62, yang di anggap adalah yang terbaik dalam bidang pakar telinga mengaku telah menggunakan jawatannya untuk memasang kamera di tandas-tandas pada beberapa permis termasuk di hospital-hospital dimana beliau bertugas untuk merakam pengguna-pengguna tandas.

Lam juga mengakui telah menggunakan kamera tersembunyi di pen, jam dan pelbagai tempat lagi untuk merakam mangsanya dimana beliau akan mengeditkan rakaman-rakaman tersebut menjadi filem-filem pendek.

Beliau juga dikatakan membuat rakaman ke atas sesiapa saja yang menggunakan tandas di rumah kediamannya, malah beberapa mangsanya tersdiri dari ibu-ibu dan anak-anak mereka yang menggunakan tandas didalam keretapi.

Kegiatan Lam terbongkar apabila salah satu daripada kamranya yang disembunyikannnya di sebuah hospital terjatuh dan ini menjurus pihak hospital tersebut membuat laporan polis dan penemuan ratusan rakaman tersebut di dalam simpananya.

Seramai 30 mangsa yang telah dikenal pasti oleh Lam manakala 1,084 lagi mangsa yang tidak dikenali oleh Lam telah dirakamnya.

Kejadian dipercayai telah dilakukan oleh Lam di antara 1 Januari, 2011 dan 15 April tahun lepas.

Lam yang telah mengaku salah atas tujuh pertuduhan termasuk pertuduhan membuat pornografi akan dijatuhkan hukuman di Mahkamah Croydon Crown, Britain hari ini. - Sarawakiana
Doktor Pakar Kelahiran Malaysia Di Britain Akui Rakam Video Secara Rahsia Doktor Pakar Kelahiran Malaysia Di Britain Akui Rakam Video Secara Rahsia Reviewed by Salfian Nawawi on November 27, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.