KUALA LUMPUR: “Saya
percaya semua ini ada agenda untuk menjatuhkan saya.” Demikian tegas Presiden
Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Datuk Ong Poh Eng yang cukup yakin ada
pihak cuba menjatuhkannya dengan mendakwa beliau terbabit dalam penyelewengan
duit persatuan.
Menafikan segala tuduhan
itu, Poh Eng sebaliknya memberi amaran kepada individu berkenaan supaya tidak
bermain politik kerana beliau sememangnya ikhlas ingin membantu pihak persatuan
selepas dilantik Presiden PABM yang baru, menggantikan Zafarul Akhbar Kassim
penghujung 2012.
Poh Eng juga dapat
menghidu individu yang ingin menjatuhkannya itu menggunakan taktik sama ketika
menumbangkan Zafarul sebelum ini.
“Saya hanya mahu anda
semua tahu, individu di belakang saya tidak bersikap baik. Saya perlukan
kerjasama mereka, tapi realitinya sokongan itu tiada.
“Apa yang saya nampak,
mereka juga menggunakan taktik sama menjatuhkan presiden sebelum ini.
“Saya baru dilantik dan
banyak yang perlu dilakukan. Kalau mereka mahukan saya, berterus-terang atau
buatlah keputusan pada AGM (Mesyuarat Agung Tahunan) akan datang,” katanya.
Berdasarkan laporan
media sebelum ini, Poh Eng didakwa menggunakan wang persatuan yang diberikan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebanyak RM30,000 untuk kepentingan peribadi.
Bagaimanapun Poh Eng
menegaskan, duit itu untuk menggantikan wang miliknya yang dikeluarkan terlebih
dulu bagi membayar denda dikenakan Persatuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF)
berikutan kegagalan atlet negara dalam ujian doping pada beberapa kejohanan
antarabangsa. - HMetro
‘Nak Jatuhkan Saya’
Reviewed by JANUARIUS
on
November 27, 2014
Rating:
No comments: