Seo Services

Penurunan Peratus A Tiada Kaitan Soalan UPSR Bocor - Idris Jusoh

 
KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh menyifatkan, penurunan Gred Purata Nasional (GPN) 0.02 tiada kaitan dengan kebocoran beberapa kertas soalan UPSR, sebelum ini.

Tegasnya, perkara itu disebabkan oleh peratusan kesukaran bagi kesemua mata pelajaran itu ditingkatkan.

Idris ditemui selepas Majlis Penyerahan Slip Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 di Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya pada Rabu.

Idris berkata, bagi empat mata pelajaran UPSR yang bocor, hanya Kertas Bahasa Inggeris satu mencatatkan peningkatan iaitu 2.6 peratus.

Manakala, bagi mata pelajaran lain, kesemuanya menunjukkan penurunan iaitu kertas Bahasa Inggeris 2 menurun 1.7 peratus.

Kertas Matematik juga menunjukkan penurunan 1.3 peratus.

Ia diikuti dengan kertas Sains yang menurun 3.2 peratus iaitu 19.4 peratus pada tahun ini berbanding 22.6 tahun 2013.

Penurunan Peratus A Tiada Kaitan Soalan UPSR Bocor - Idris Jusoh Penurunan Peratus A Tiada Kaitan Soalan UPSR Bocor - Idris Jusoh  Reviewed by Unknown on November 27, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.