KUCHING: Ahli Parlimen Santubong Dato Seri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyifatkan aktiviti mengutip bayaran masuk ke Taman Negara Santubong secara haram telah mencemarkan nama baik Sarawak.
"Penguatkuasan ke atas pungutan bayaran laluan ke gunung Santubong sepatutnya telah di buat dahulu lagi," ujarnya lagi sambil menambah tindakan salah itu sepatutnya telah di hapuskan.
"Tindakan individu tersebut bukan sahaja telah menhalang ke masukkan pelancong tetapi telah mencemar nama baik nama Sarawak, kawasan dan orang-orang Kampung Santubong."
Junaidi, yang juga merupakan Timbalan Menteri Dalam Negeri di hubungi Sarawakiana sebentar tadi di minta mengulas mengenai "Ops Santubong" Jabatan Tanah dan Survei (JTS) yang telah meroboh premis syarikat yang mengutip bayaran masuk ke Taman Negara Santubong secara haram.
"Walaubagaimana pun, saya amat berterima kasih kepada pihak penguatkuasa yang telah mengambil tindakan tersebut," kata Junaidi, yang kini berada di Kuala Lumpur.
Semalam, JTS telah melancarkan "Ops Santubong" dimana dua permis syarikat yang mengutip bayaran masuk secara haram ke Taman Negara Santubong yang terletak laluan masuk utama Taman Negara dibina atas tanah kerajaan tanpa kelulusan JTS di robohkan.
Tindakan meroboh premis yang telah dibina tanpa kelulusan Pengawal Taman Negara terpaksa diambil setelah arahan pengusiran yang dikeluarkan oleh pihak JTS gagal dipatuhi oleh syarikat pengusaha tersebut.
Difahamkan, sebuah syarikat pengusaha aktiviti riadah telah mengenakan bayaran masuk ke kawasan Taman Negara Santubong secara tidak sah setelah perjanjian dengan pihak berkuasa sebelum ini ditamatkan dan ini telah telah menyebabkan ketidakpuasan hati ramai pengunjung Taman Negara berkenaan.
JTS juga telah meroboh 24 bangunan dan struktur yang dibina tanpa kelulusan di atas tanah kerajaan negeri dan juga tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan menerusi "Ops Tanah Merah".
Operasi itu dilakukan secara bersepadu dengan polis, Jabatan Hutan Sarawak, Sarawak Forestry Corporation, Sarawak Energy Bhd dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. - Sarawakiana
Kutip Bayaran Masuk Taman Negara Santubong Secara Haram Cemarkan Nama Baik Sarawak
Reviewed by Salfian Nawawi
on
December 05, 2014
Rating:

No comments: