KUCHING: Pasukan Liga Super Sarawak akan mengadakan empat perlawanan persahabatan dengan kelab terkemuka Thailand dalam kunjungan mereka dari 11 hingga 21 Disember ini.
Ngap Sayot akan menghadapi Krabi FC, Suphanburi FC, Royal Thai dan Thai Police.
Ketua jurulatih, Robert Alberts berharap perlawanan itu akan membolehkannya menyediakan skuad bayangannya untuk mengharungi Liga Malaysia kelak.
Sarawak sebelum ini mengadakan tiga perlawanan persahabatan dengan mengalahkan Limbang 5-1, Miri 5-0 namun kalah kepada Sabah 1-2.
"Saya berharap selepas perlawanan di Thailand, saya akan mempunyai barisan pemain yang lengkap," katanya.
Bagi menghadapi musim baharu Liga Malaysia, Sarawak akan membariskan tiga pemain import iaitu Billy Mehmet, pemain dari Belanda Ronald Hikspoor dan IvanFatic selain pemain musim lalu dari Australia Ryan Griffth.
Pemain import tempatan pula ialah penyerang Nazri Kamal dari Perak, pemain sayap J Parthiban dan pemain pertahanan V Varadhan dari Selangor, pemain tengah, Sabri Sahar dari Sabah, pemain tengah, G Mahathevan dari Pulau Pinang dan penjaga gol Igbal Mat Suhaimi. - BERNAMA
Sarawak Atur Empat Perlawanan Persahabatan Di Thailand
Reviewed by Unknown
on
December 05, 2014
Rating:

No comments: