Seo Services

Ringgit Malaysia Jatuh Akibat Kejatuhan Harga Minyak

 
KUALA LUMPUR: Baru-baru ini rakyat Malaysia gembira dengan kejatuhan harga minyak. Namun mereka tidak menjangka bahawa kejatuhan harga minyak turut menyebabkan kejatuhan Ringgit Malaysia. Semua perkara mempunyai kesan “pro” dan “cons” yang perlu kita hadapi dengan “lapang dada”.

Malaysia yang merupakan negara pengeksport minyak telah terkesan dengan penurunan harga minyak. Pendapatan daripada hasil eksport minyak ke luar negara dan juga pendapatan melalui dividen, cukai dan royalti daripada syarikat minyak negara Petronas akan merosot.

Tambahan pula Petronas telah membuat pengumuman bahawa mereka akan memotong perbelanjaan modal atau capital expenditure (CAPEX) tahun depan. Pengumuman ini menyebabkan pelabur-pelabur menarik keluar wang mereka dari pasaran tempatan. Jika Petronas memotong CAPEX maka pendapatan syarikat-syarikat perkhidmatan minyak dan gas (O&G) akan terjejas dan harga saham berkaitan akan jatuh.

Sasaran defisit fiskal yang mungkin tersasar juga akan turut mengakibatkan para pelabur mula menarik keluar modal pelaburan daripada pasaran modal Malaysia seperti pasaran saham dan bon dan mengalihkan modal mereka kepada pasaran negara yang risikonya lebih rendah secara relatif berbanding Malaysia seperti Amerika Syarikat (US).

Ringgit Malaysia telah jatuh kepada paras terendah sejak 2009 BERBANDING US Dollar. Ekonomi US pula semakin pulih. Oleh itu pelabur-pelabur mula meninggalkan pasaran negara membangun (emerging markets) dan mengalihkan modal mereka ke US.

Kadar Tukaran Ringgit Malaysia Hari Ini US$1 = RM3.45). Walaupun begitu kejatuhanRinggit telah membawa banyak kebaikan kepada industri Pelancongan, Cukai, Gaji, Eskport dan lain-lain lagi. Pasaran eksport kita kembali kompetitif dan mampu merangsang ekonomi melalui industri pelancongan dengan kehadiran ramai pelancong asing.

Semalam Datuk Ahmad Maslan telah menasihatkan rakyat Malaysia agar jangan risau dengan trend Ringgit Malaysia jatuh kerana Asas ekonomi negara sentiasa kukuh manakala nilai eksport negara pula semakin baik. Tambahan pula bank Negara Malaysia akan sentiasa memantau pasaran ringgit bagi memastikan pasaran tukaran wang asing yang teratur.

Hasil kerajaan daripada sumber petroleum termasuk Petronas juga tidak akan terjejas dengan penyusutan ringgit, kata Ahmad, barangan import akan meningkat harganya, namun ini membolehkan rakyat menggunakan lebih banyak produk buatan Malaysia seterusnya mengembangkan sektor pembuatan dalam negara.

Barangan eksport Malaysia ke luar negara pula akan lebih murah, justeru mengembangkan sektor export.

Akhirnya, keuntungan syarikat akan menyebabkan akan ada kenaikan gaji, bonus, tambahan bilangan pekerja, bertambah cukai kepada kerajaan dan bilangan kilang juga berkembang.

Sektor pelancongan pula akan lebih berkembang kerana perkhidmatan hotel, pengangkutan, harga barangan akan menjadi lebih murah dari sudut pandangan negara yamg nilai wangnya tinggi dibanding ringgit.

Sektor perkhidmatan yang diberi kepada pihak luar juga akan berkembang kerana kosnya akan menurun berkadaran dengan peratus penurunan mata wang.

Walaubagaimana pun sama-sama lah kita tunggu perkembangan selanjutnya.-PRU14
Ringgit Malaysia Jatuh Akibat Kejatuhan Harga Minyak Ringgit Malaysia Jatuh Akibat Kejatuhan Harga Minyak Reviewed by Unknown on December 05, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.