Seo Services

Lantik Jeffrey Kitingan Dalam Jawatankuasa RCI


KUALA LUMPUR, 5 Dis – Laporan Royal Commission of Inquiry (RCI) baru-baru mengundang rasa tidak puas hati melampau terhadap Pengerusi Parti Reformasi Negeri (Star) Datuk Dr Jeffrey Kitingan. Berbagai kritikan “pedas” telah dilemparkan oleh beliau terhadap RCI.

Dengan itu, Jeffrey Kitingan perlu dilantik sebagai ahli jawatankuasa RCI ini bagi membuktikan ketelusan RCI. Sebelum ini, Ketua Menteri Sabah Musa Aman dan Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi akan mengetuai jawatankuasa tetap Laporan Royal Commission of Inquiry (RCI) sementara Timbalan Ketua Menteri Joseph Pairin Kitingan akan mengetuai panel pengurusan, menurut suatu kenyataan rasmi.

Jawatankuasa Joseph Pairin Kitingan akan mengkaji isu-isu yang dibangkitkan dalam Laporan RCI tentang pendatang tanpa izin di Sabah dan kemudiannya membuat cadangan kepada jawatankuasa tetap. Jawatankuasa Pairin akan mengkaji Laporan RCI dan membuat cadangan kepada Jawatankuasa Tetap.

Sebelum ini Jeffrey Kitingan telah membidas laporan mengenai pendatang asing tanpa izin (Pati) Sabah, dengan memanggilnya sebagai satu ‘usaha menutup’ dan penafian keadilan yang lengkap oleh kerajaan Persekutuan. Kita tahu bahawa ini merupakan “suara” pembangkang yang gagal dalam misi “jahat” mereka.

Jeffrey turut berkata bahawa hasil laporan RCI tidak seperti yang dijangkakan, dan menyifatkan siasatan itu sebagai satu pembaziran masa dan wang. Bagi mereka , perasaan “puas hati” hanya akan wujud apabila laporan RCI sinonim dengan fitnah mereka. Sebenarnya tindakan “buat bising” golongan tersebut lebih dilihat sebagai mengalami “Denial Syndrome” yang enggan menerima kebenaran.

RCI telah ditubuhkan pada 11 Ogos 2012 untuk menyiasat masalah berkaitan dengan kewarganegaraan dan pendatang tanpa izin di Sabah. Fokus diberi kepada Projek IC, iaitu pemberian kewarganegaraan secara sistematik kepada pendatang tanpa izin. RCI memulakan pendengaran awam di kompleks mahkamah Kota Kinabalu pada 14 Januari 2013 dengan panel juri sebanyak lima orang yang diketuai oleh bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Steve Shim Lip Kiong.

Sebanyak 211 saksi telah dipanggil untuk memberikan keterangan semasa pendengaran yang berakhir 20 Sept 2013. Antara saksi-saksi tersebut adalah bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad, ketua pembangkang Anwar Ibrahim, bekas Ketua Menteri Harris Salleh, bekas Ketua Menteri Yong Teck Lee, bekas senator Dr Chong Eng Leong dan bekas tahanan ISA Jeffrey Kitingan. - PRU14.TV
Lantik Jeffrey Kitingan Dalam Jawatankuasa RCI Lantik Jeffrey Kitingan Dalam Jawatankuasa RCI Reviewed by uMieySurianie on December 05, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.