Keselesaan dan kebajikan rakyat adalah salah satu daripada keutamaan yang sentiasa di beri perhatian khusus oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).
Menteri Di Pejabat Perdana Menteri Hajah Nancy Shukri berkata di ambang tahun baru 2015, kita boleh melihat apa pencapaian yang telah kita capai.
"Bagi saya juga, pembangunan infrastruktur untuk penduduk kawasan menjadi keutamaan saya," katanya lagi.
"Saya mahu melihat kemajuan dan keselesaan penduduk kawasan ini di samping strategi memantapkan program-program pemerkasaan."
Nancy, yang juga Ahli Parlimen Batang sadong berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Perasmian Bengkel Pemantapan Projek Ekonomi Rukun Tetangga dan Pelancaran KRT Kampung Jemukan Tengah hari ini.
Nancy menyatakan, untuk tahun ini, beberapa projek di bawah Projek Mesra Rakyat (PMR) bernilai RM170,000 telah diluluskan untuk Parlimen P200 Batang Sadong bagi kawasan Jemukan.
"Projek tersebut adalah baikpulih Dewan SK Jemukan (RM50,000), baikpulih Dewan Kampung Jemukan Laut (RM50,000, yang sedang dilaksanakan) dan baikpulih surau Darul Hikmah Jemukan Laut (RM70,000)," katanya lagi
Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Suzana Busalam, Pengerusi KRT Kampung Jemukan Tengah Sapiee Haji Maliedan dan Ketua Ranting PBB Kampung Jemukan Maramat Abang. - Sarawakiana
Rakyat Sentiasa Menjadi Keutamaan Kerajaan
Reviewed by Salfian Nawawi
on
December 06, 2014
Rating:

No comments: