Seo Services

UPP Dan Teras Tidak Mungkin Akan Menyertai BN Sarawak


BINTULU: Berdasarkan semangat konsensus yang menjadi amalan Barisan Nasional (BN) selama ini, Parti Rakyat Bersatu (UPP) dan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) seperti tiada berpeluang untuk menyertai gabungan  komponen BN Sarawak.

Ketua Menteri Sarawak dan juga Pengerusi BN negeri, Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan Satem menyatakan, BN sudah lama mewujudkan peraturan bahawa jika mana-mana satu parti komponen membantah kemasukan parti baru, maka parti tersebut tidak dapat diterima (ke dalam BN Sarawak).

 "Tidak mungkin," katanya memberi maklum balas kepada media hari ini ketika ditanya mengenai kemungkinan UPP dan Teras diterima ke dalam BN negeri.

Adenan sebelum ini pernah menghadiri majlis perasmian perhimpunan agung tiga tahun sekali Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) yang telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Suarah Bintulu.

presiden Teras Tan Sri Datuk Sri William Mawan, yang juga bekas Presiden SPDP berkata bahawa pada 30 Nov parti itu akan memohon untuk menyertai BN di peringkat persekutuan pada masa yang sesuai tetapi Pemangku Presiden SPDP Datuk Seri Tiong King Sing telah membantah Teras untuk menyertai BN.

Mawan (ADUN Pakan), bersama-sama dengan empat wakil rakyat lain - Datuk Peter Nansian (Tasik Biru), Datuk Sylvester Entrie (Marudi), Rosie Yunus (Bekenu) dan Paulus Gumbang (Batu Danau) telah keluar dari SPDP pada pertengahan tahun ini dan menyertai Teras.

UPP pula diketuai oleh Menteri Negeri Kerajaan Tempatan Dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Wong Soon Koh, yang juga merupakan bekas Penolong Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Beliau telah meninggalkan parti tersebut pada Mei lalu selepas krisis kepimpinan yang berlarutan dan SUPP juga telah membantah hajat UPP yang ingin menyertai BN.

Selain SPDP dan SUPP, BN Sarawak terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang merupakan tulang belakang BN dan Parti Rakyat Sarawak (PRS). - Bernama
UPP Dan Teras Tidak Mungkin Akan Menyertai BN Sarawak  UPP Dan Teras Tidak Mungkin Akan Menyertai BN Sarawak Reviewed by uMieySurianie on December 06, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.