Seo Services

Bekas CEO TEKUN Direman Tujuh Hari


Putrajaya: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) diperintah direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Putrajaya mulai hari ini hingga 22 Januari ini bagi membantu siasatan berhubung kes meminta suapan ketika berkhidmat di bawah agensi kerajaan itu.

Perintah tahanan reman terhadap tertuduh berusia 60 tahun itu dikeluarkan Majistret Tuan Lukman Hakim Abu Bakar Sedik.

Tertuduh dipercayai menerima suapan berjumlah RM20,000 sehingga RM70,000 pada setiap bulan bermula 2011 sehingga tahun lalu, iaitu ketika menyandang tugas berkenaan.

Lelaki itu dipercayai meminta habuan daripada syarikat yang dipertanggungjawabkan TEKUN untuk mengutip hutang yang dipinjam oleh peniaga dari industri kecil dan sederhana.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut nilai suapan jika sabit kesalahan.

Tertuduh sebelum itu ditahan pegawai daripada Bahagian Risikan, Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kelab Shah Alam, Selangor pada 9.20 malam tadi. - Metro
Bekas CEO TEKUN Direman Tujuh Hari Bekas CEO TEKUN Direman Tujuh Hari Reviewed by uMieySurianie on January 16, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.