Ganas dan menyeksakan!
Itu adalah satu gambaran yang dapat dilihat menerusi satu paparan video menunjukkan aksi latihan anggota tentera yang menyertai unit komando.
Video [klik disini] berdurasi 3 minit 24 saat itu yang kini menjadi viral di laman Facebook dipercayai dirakam oleh seorang jurulatih dalam pasukan itu yang terlibat dalam latihan berkenaan dan kemudian telah memuat naik video tersebut ke internet.
Penyebaran video itu dibuat oleh Belia Bangkit dan telah dikongsikan didalam Facebook Siakap Keli.
Video itu menunjukkan anggota komando yang sedang menyertai latihan di belasah oleh jurulatih mereka dengan cara tendangan di bahagian perut.
Rata-rata mereka yang telah menonton video itu berpendapat, latihan ketenteraan adalah satu perkara yang sulit dan tidak perlu untuk disebarkan kepada umum.
Ada juga yang berpendapat penyebaran video benbentuk latihan fizikal seperti itu akan mendapat pelbagai reaksi yang kurang senang terutamanya jika ia ditonton oleh orang awam.
Perkara tesebut memang tidak dinafikan apabila video yang kini sudah ditonton lebih 4,000 kali itu mendapat kecaman daripada Kelab Penyokong Polis Diraja Malaysia yang menyatakan adalah tidak wajar video tersebut dikongsikan di media sosial untuk tatapan umum.
Kelab itu juga meminta supaya pihak yang bertanggungjawab menyiarkan video itu di laman sosial supaya dikenakan tindakan. - TherakyatPost
Aksi Ganas Latihan Komando Jadi Viral
Reviewed by Unknown
on
March 31, 2015
Rating:
No comments: