Seo Services

MH17: Belanda Cari Saksi Tembakan Peluru Berpandu Untuk Siasatan


THE HAGUE: Kumpulan pakar dari Belanda yang menyiasat nahas pesawat MH17 di timur Ukraine pada Isnin membuat panggilan kepada saksi yang melihat pengangkutan atau tembakan peluru berpandu permukaan BUK sekitar masa kejadian.

"Penyiasat melihat kepada semua senario. Salah satu senario adalah bahawa pesawat telah ditembak jatuh pada pukul 4.20 petang waktu tempatan pada 17 Julai," kata pejabat pendakwa raya Belanda dalam satu kenyataan.

"Memandangkan senario ini diberikan, penyiasat mencari saksi yang boleh memberitahu lebih lanjut mengenai pengangkutan, krew dan pelancaran roket BUK di kawasan itu beberapa hari sebelum dan selepas kemalangan itu," katanya.

Semua 298 orang di dalam pesawat Malaysia Airlines, majoriti mereka dari Belanda meninggal dunia selepas pesawat ditembak jatuh di zon perang di timur Ukraine tahun lepas.

Belanda telah bertugas mengetuai siasatan mengenai punca kejadian dan mengenal pasti kematian.

Pihak berkuasa Belanda juga bertanggungjawab dalam siasatan jenayah kemalangan itu, yang berlaku di tengah-tengah pertempuran sengit antara tentera Ukraine dan pemisah pro-Rusia.

Kiev dan West mendakwa bahawa Boeing 777 telah ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah, menggunakan peluru berpandu permukaan BUK yang dibekalkan oleh Rusia. Moscow menafikan tuduhan tersebut, sebaliknya menuding jari kepada Kiev.

Pendakwa menegaskan 'panggilan supaya saksi tampil tidak bermakna terdapat bukti yang tidak boleh dinafikan terhadap apa yang menyebabkan kemalangan itu."

"Masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan tentang nahas," kata mereka.

Permintaan itu telah tersebar secara meluas melalui media sosial dan stesen berita, bersama-sama dengan video di Rusia dengan sarikata Belanda.

Awal bulan ini ahli keluarga mangsa nahas melihat bangkai pesawat yang dibawa balik ke Belanda, di mana ia dibina semula sebagai sebahagian daripada siasatan itu.

Dua daripada 298 mangsa masih belum dikenal pasti. - mStar
MH17: Belanda Cari Saksi Tembakan Peluru Berpandu Untuk Siasatan MH17: Belanda Cari Saksi Tembakan Peluru Berpandu Untuk Siasatan Reviewed by Salfian Nawawi on March 31, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.