Seo Services

Pan Borneo Sememangnya Tiada Bertol - Najib


BINTULU: Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak (LPBS) sememangnya tidak akan ada tol kerana ia merupakan satu-satunya jalan menghubungi bandar-bandar di negeri ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, dasar kerajaan terhadap perlaksanaan tol hanyalah jika ada jalan alternatif yang dibina oleh pihak swasta selain dari jalan utama yang disediakan oleh pihak kerajaan.

"LPBS merupakan satu-satunya jalan di Sarawak, bermakna kerajaan tidak akan mengenakan sebarang tol ke atas pengguna lebuhraya."

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis pelancaran Fasa Pertama Projek LPBS di Simpang Bakun, disini pagi hari ini.

"Saya harus menjelaskan perkara ini kerana khuatir sekiranya ada pihak yang mungkin akan mempersoalkan kelak mengapa LPBS tidak dikenakan tol sepertimana lebuhraya-lebuhraya yang lain di Semenanjung."

"LPBS adalah inisiatif kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam usaha menyediakan dan menaiktaraf rangkaian perhubungan yang sistematik dan cekap kepada rakyat di negeri ini," katanya lagi.

"Saya sedar, rakyat Sarawak telah menanti projek in selama 50 tahun dan kini, ianya telah menjadi kenyataan," kata Najib lgi sambil menambah, LPBS bakal membawa satu ledakan perubahan yang cukup besar kepada Sarawak, bukan saja dalam konteks pembangunan, bahkan juga sosio-ekonomi rakyatnya.

Projek mega LPBS membabitkan jarak sejauh 1,076 kilometer dan kos RM15 bilion merangkumi lebuh raya empat lorong berkategori 'R5' yang dijangka siap menjelang 2023  adalah projek infrastruktur terbesar yang pernah dilaksanakan oleh kerajaan untuk melanjakkan agenda transformasi rakyat.

Dalam majlis yang sama, Najib juga memberi jaminan kontraktor tempatan diberi keutamaan untuk mengambil bahagian dalam projek ini dan seramai 75 syarikat perunding pembinaan tempatan Sarawak yang bakal bekerjasama dalam projek LPBS diperkenalkan.

Fasa kedua pelancaran projek LPBS dijadualkan akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat.

Pengumuman pelancaran LPBS adalah projek yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat Sarawak, khususnya mereka yang sering menggunakan jalan tersebut selama ini.

LPBS memendekkan tempoh perjalanan, memberi lebih keselesaan bagi pengguna dan dapat menggerakkan lagi banyak kemudahan lain terutama dari sektor perkhidmatan, perlancongan dan sebagainya, termasuk mewujudkan bandar-bandar baru di sepanjang lebuhraya tersebut.

Pada fasa 1, syarikat konsesi tersebut akan membina jalan sepanjang 919km (R5 - empat lorong dua hala); Nyabau ke Bakun 43km (R5 - empat lorong dua hala), Tanjung Dato ke Sematan 40km (R3 - dua lorong dua hala), Sematan ke Miri 740km (R5 - empat lorong dua hala) termasuk fasa 2; Tadungan ke Merapok, bersempadanan Sabah sepanjang lebih kurang 96km."

Sepanjang jalan-jalan tersebut (R5 - empat lorong dua hala) akan dibina pembahagi jalan sementara "guard-rail" akan dibina pada beberapa tempat untuk keselamatan pengguna.

Beberapa kemudahan kawasan hentian rehat (R & R) dan kemudahan awam seperti kedai, tandas, tempat berehat, tempat beribadat, tempat makan dan sebagainya juga akan dibina di sepanjangang lenuhraya ini.

Projek menaiktaraf infrastruktur yang sedia ada sejak tahun 1965, adalah projek yang amat dinanti-nantikan oleh rakyat Sarawak dan juga Sabah serta menjadi salah satu daripada manifesto kerajaan BN pada pilihanraya yang lepas.

Majlis tersebut telah diserikan dengan kehadiran lebih dari 12,000 penduduk setempat.

Turut hadir pada majlis beekenaan ialah, Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, Menteri Kerja Raya Datuk Haji Fadillah Yusuf dan barisan menteri-menteri persekutuan dan Sarawak. - Sarawakiana


Pan Borneo Sememangnya Tiada Bertol - Najib Pan Borneo Sememangnya Tiada Bertol - Najib Reviewed by Salfian Nawawi on March 31, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.